Wednesday, 26 February 2014

mutiara kata

“Sampan tidak akan dapat belayar di padang pasir betapa pun jua empuknya pasir itu.” 
 
“Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.” 
 
“Awal mula pohon ialah benih..”
 
“Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.”
 
“Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yang mengiurkan.”
 
“Orang yang paling berkuasa adalah orang yang dapat menguasai dirinya sendiri.”


Ilmu & kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur .
Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan.
 
Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma. Anda tidak boleh mencipta pengalaman. . . Anda mesti menghadapinya. . . dan ianya pasti akan menemui kecemerlangan  . . . Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik . . . tapi itu semua bergantung kepada rezeki . . .“ Rezeki . . ada di mana-mana datang tanpa diduga, . . . tepat pada masa  . .  yang penting, .  usaha & tawakkal.”
 
Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan . . 
Hidup memerlukan pengorbanan . . . pengorbanan memerlukan perjuangan . . . perjuangan memerlukan ketabahan . . . ketabahan memerlukan keyakinan. . .  keyakinan pula menentukan kejayaan . . . kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan . . . 
 
Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya . . 
tetapi jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya . . . 
 
Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, . .  dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya . . .  Agama tanpa ilmu adalah buta. . . Ilmu tanpa agama adalah lumpuh . . .  Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu,. . .  tapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara . . 
 
Jika kejahatan di balas kejahatan, . .  maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan . . . itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan,. . .  itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, . . . itu adalah mulia dan terpuji.”
 
Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri . . . Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan . . . 
 
Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan . . . Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit pun . . Saya percaya, . . esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, . . . tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok . . .

Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. . .  Dia membinanya seperti mana yang dikehendakinya namun selepas dia membina apa yang dikehendakinya, . . . kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yang telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri . . . Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.”
 

 


alahai handphone

Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab exclusive lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym, tiba-tiba kedengaran deringan Handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawab panggilan itu dan terjadilah perbualan sepert berikut…
“Hello?”
“Abang, nie sayang nie,”
“emmm…
“Abang masih ada di kelab lagi ye?”
“Iya.”
“sayang sekarang nie ada kat shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru… cantik bang, boleh ke sayang beli?”
“Berapa harga nya?
“Cuma $1500.00 aje”
“O.K, belilah kalau memang awak dah suka sangat”

“Ahhh thanks abang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2001. Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price… lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu..”

“Berapa harga yang dia bagi?”
“Cuma $280,000… “
“O.k tapi pastikan harga tu dah on the road.”
“Great!, before we hang up, ada satu perkara lagi… “

“Apa?”
“Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan… pagi tadi sayang singgah di pejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu, sekarang nie untuk dijual!! Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu.. cantik kan bang.”

“Berapa harga yang mereka minta?”
“Cuma $740,000… o.k kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita boleh cover harga tu.”
“Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?”
“OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You !!!”
“Bye… I Love you too…

Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone… .sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut:

“ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA?”

dengarkanlah apabila hatiku bersuara

hati . .
tetaplah bersabar…terima semuanya sebagai ujian . .
hati . . tetaplah tegar . . padamu terletak segala tulus kepercayaan . .
hati . . jangan pernah kau tangisi keadaaan . . kerana kau harus percaya pada takdirnya Tuhan . .
hati . . persembahkanlah cintamu atas nama Tuhan . .
andai itu telah tercatat saat kau diciptakan . . walau terpisah antara lautan . . walau terjarak antara waktu  . . .  in shaa ALLAH , dia kan tetap belahan jiwamu . .

jika ada pertemuan , jangan menidakkan perpisahan

Pertemuan ianya tidak pernah dirancang  . . semuanya  di atur kemas oleh  ' DIA '
Yang Maha Mengetahui suara - suara hati nurani . . . Yang Maha Berkuasa membolak-balikkan hati insani . .  naluri kecil yang mengimpikan teman sejiwa di sisi 

Walaupun bukan aku yang kau harapkan namun akulah yang hadir dalam kehidupanmu . .Mungkin kehadiranku tidak pernah kau nantikan namun aku tidak pernah kecewa apatah lagi menyesali pertemuan ini kerana dengan pertemuan ini terjalin satu ikatan antara dua hati . . .

Perpisahan amat menyakitkan kerana ianya seringkali mengundang air mata . .
Keindahan dan kebahagiaan yang kita nikmati bersama pergi tanpa dipinta . . .  Ingatlah . . . Bertemu dan berpisahnya kita kerana Allah . . . terimalah dengan penuh redha …

Sekiranya ingatanmu singgah padaku . . . kirimlah  sepotong  doa  ketika itu . . .
semoga masih ada lagi pertemuan selepas ini . . . andai bukan di dunia ini . .  biarlah di Jannatul Firdausi yang kekal abadi . . .

In shaa ALLAH 

tak ku sangka tak ku duga

Ya Allah . .
dugaan apakah yang cuba kau berikan . . .
adakah dia bukan tercipta untukku  . . .
adakah aku adalah punca dua hati akan terluka . . .
sedangkan diriku juga adalah mangsa . . .

Ya Allah . .
berikanlah aku petunjukMu . .  aku redha dengan ketentuanmu  . . .
akan kurelakan kasihku pergi  . . . akan kurelakan cintaku pergi . . .
andai dia bukan Kau ciptakan untukku . . hanya satu yang ku pinta dari mu . . .
tuluskanlah hatiku untuk menerima ketentuan ini . . .
hadirkanlah seorang insan yang sudi menerima kelebihan dan kekuranganku . . .
bukan kepura-puraan tanda kasihan yang ku pinta . . .

Ya Allah . . . bantulah hambaMu . .
aku hanya wanita biasa yang lemah  yang tidak mampu menolak takdirMu . . . tuntunlah diriku melihat kebenaranMu . .

PESANAN IBU KEPADA ANAK PEREMPUANNYA

Seorang ibu memberi nasihat kepada anak perempuannya yang bakal diijabkabulkan. :
"Wahai anakku, engkau bakal menempuh kehidupan yang baru .. hidup dengan orang asing yang bakal menjadi sebahagian dirimu kelak .. di dunia ini .. suamimu adalah rakan kongsi . Jangan biarkan orang lain turut campur tangan dalam urusan kamu berdua . . 

Jadilah seorang isteri sekaligus ibu kepada anak-anak suamimu . .  Baginya, engkau adalah segala-galanya bagi dirinya . . . Ingat . . lelaki ini tak ubah seperti anak kecil yang senang untuk dijaga .. mereka sangat memerlukan belaian dan sedikit perhatian kerana di samping tegas dalam melaksanakan tanggungjawab mereka . . masih terselit sikap manja itu . .  Dia telah meninggalkan kedua ibu bapanya demi kamu . . . dan janganlah kamu membuatkan dia merasa terpisah dengan ahli keluarganya . . 

"Anakku . . setiap anak perempuan pasti akan rindu akan keluarganya  . . tempat bermain lagi dikenang inikan pula tempat kamu membesar sehinggalah kamu diambil oleh orang lain untuk menjaga kamu seumur hidupmu ". .  Inilah dunia barumu , wahai anakku . .
Inilah masa depan yang akan kamu lalui bersama suamimu . . orang yang akan menjadi pelindung kamu dan bakal anak-anakmu . . . Ibu tidak menyuruh kamu melupakan kami disini . . . tetapi cintailah , , jagalah, . .  dan berbahagialah bersamanya . . .

. . “ Contohilah kesetiaan Khadijah,  kejujuran Aisyah  dan  keteguhan  hati  Fatimah . . ”

 . . . pesanan buat seorang perempuan yang bergelar bakal isteri . . .