Thursday, 17 July 2014

Pernah dengar tentang TONE EXCEL?? hAaa . . . yang simkad rm90 tu .. .  

JOM JADI PENGGUNA BIJAK !!



KLIK DI SINI >>   http://toneexcel.biz/?id=425074
- untuk maklumat lanjut 

Saturday, 1 March 2014

berikan aku satu PELUANG !!



Ya Rabb, Inilah pengakuanku ..   Aku berzina, terang-terangan dalam penglihatanMU….
Ya Allah…. Dadaku berdetak. . . Tangan dan tubuhku menggeletar . . .  Menantikan pengadilan di hadapanMU. . Akhirnya malaikat itu datang. . Membawa catatan amalanku di dunia . . .  Dibukanya layar…. Ditampilkan seluruh aktiviti duniaku. . Apa yang dilihat, sangat membuatkanku menyesal….

Ya Rabb, kenapa mulutku tidak dapat berbicara?
“Aku dulu selalu melihat wajah jelita perempuan bukan muhrim!” Ku dengar mata berbicara lantang.
Lalu terlihat di layar, aku sedang menatap wajah-wajah jelita teman chatting, teman facebook, dan semua teman perempuanku. . .  Malunya aku, Rabb…

“Aku dulu selalu mendengar kalimat mesra dari seorang perempuan yang haram bagiku!” Kali ini telingaku bicara. Ya, semasa di dunia aku hanya sibuk bergayut dengan kekasihku. Dia memanggil aku ‘sayang’, aku pun sama… Rabb… Kenapa semua aktiviti aku penuh maksiat? . . Kenapa kegiatanku hanya berkapel? Kenapa hari-hariku hanya disibukkan dengan nafsu syahwat semata?

Layar itu masih memancarkan kegiatan harianku. . Yang paling sering muncul adalah wajah seorang perempuan, yang sampai sekarang belum pernah aku temui. . . Walaupun sehingga ajalku menjemput, Aku sedang bergayut telefon dengan dia dan bersayang-sayangan dengannya. ....  Perempuan itu.. wajahnya sungguh menarik hatiku. Dialah salah satu teman facebook, laman itu yang paling terkenal dan rancak digunakan…Komunikasi di facebook, berlanjutan ke sms, lalu telefon.

Sekadar mengingatkan untuk sarapan dan makan. Setelah itu, semakin intim hubungan kami.
Tengah malam selalu menjadi waktu paling menyenangkan bagi kami. “Sayang, aku mencintaimu…”

Ya Tuhan.. Sia-siakah hariku?
Tiap detik aku menghabiskan waktuku hanya untuk menghubungi dia. .. Tiap minit aku hanya memikirkannya.
Bahkan pada waktu menghadapMU… aku tak mengalunkan ayat-ayatMU, apalah lagi qiamullail..

Rabbi… Malam itu dia menghubungiku. . . Malam kematianku ..Seperti biasa, dia menanyakan khabarku, bertanya tentang kuliahku, bertanya tentang keluargaku. . . Dan hal yang selalu kami lakukan…
Dia memanggilku ‘sayang’ dan aku pun demikian…. Aku sungguh menaruh hati padanya. ...
Aku pun mencintai dia, seorang perempuan yang belum pernah aku temui.

Allah… Aku mengaku salah. . . Aku berkapel dengannya, . . . walaupun kami tak pernah bertemu. Aku berzina! Lidahku berzina mengucap sayang padanya tanpa didasari ikatan pernikahan . .Telingaku berzina mendengarkan pujian sayang dan kalimat mesranya padaku. Mataku berzina melihat foto-fotonya. Hatiku berzina kerana selalu merindukannya . . . 

Allah… Aku sudah menghadapMU, dalam su’ul khatimah. . . . Ku mohon, sedarkan perempuan itu Ya Allah.
Jangan biarkan dia mati dalam keadaan seperti itu. Sedarkan dia ya Rabb…


Facebook, semuanya bermula. Allah, aku berzina. Seberapapun kecil pun, aku sudah berzina.


Mataku, telingaku, lidahku, hatiku  . . . .   Menitis air mata ini . . . . .  

Andai aku dapat kembali ke dunia lagi . . . . 

 ......  RENUNG-RENUNGKAN ......

status-status kebabOOm

kat sini . . status yang korang boleh ambil untuk FB korang ke  . . .  wechat korang ke ..  tweet-2 ke . . . kalau korang ada yang best-2 leh la komen jugak  . nanti saya masuk dalam entri nie ..  credit nama korang jugak . .     :)


Jika TAKDIR Allah menentukan yang kita BUKAN dengan dirinya, kita tidak akan bersama dengannya jika Allah telah MENULIS jodoh kita dengannya, kita tetap akan bersama dengannya kerana tulang rusuk dan pemiliknya tidak akan pernah tertukar dan akan bertemu pada saat yang TEPAT menurut ilmuNya . .  tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah DIRANCANG dan sebaik baik rancangan adalah dari ALLAH jua . . . . tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah DIRANCANG dan sebaik-baik rancangan adalah dari ALLAH jua .

tidak semua apa yang kita harapkan dari seorang terkasih dapat kita miliki . . .  melainkan dengan keterbukaan diri dan kesungguhan hati yang kita miliki dapat menjadikanya bererti . . . . 

Cinta pertama adalah kenangan, . . .  Cinta kedua adalah pelajaran, . . .  dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan . . .  kerana hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam . . . Kerana itu,  . . jagalah cinta yang dianugerahkan itu  sebaik-baiknya agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim . .

Manusia tidak jatuh di dalam cinta dan juga tidak keluar daripada cinta . . .  Tetapi manusia tumbuh dan membesar bersama cinta . .

jangan bayangkan kebahagian yang lebih besar dari pada apa yang anda rasakan saat ini, . . supaya anda tidak kehilangan apa yang anda miliki saat ini . . . dan jangan tunggu musibah yang akan datang, . . . kerana jika demikian bererti anda ingin mempercepat datangnya kesusahan dan kesedihan . . . .

CINTA takkan bahagia tanpa Gurauan . . . SAYANG takkan ada tanpa Cemburu . . .RINDU takkan indah tanpa Airmata . . .KASIH takkan sempurna tanpa Kejujuran . . .

Kalau lelaki reply lambat, mesti perempuan akan cakap  "Busy eh?, Takpe lah pergilah buat kerja tu"(Ayat ni sebenarnya ayat merajuk.)

Sayang, saya tak kisah saya ini orang pertama atau yang keberapa dalam hati awak . . . Saya cuma berharap saya yang terakhir berada dalam hati awak..


CINTA atau AMBIL BERAT ??

Untuk yang baru mengenali dunia cinta atau baru hendak mengenali seseorang, pastinya selalu terkeliru di antara ambil berat dengan cinta kan? Yelah, nanti kalau kita menganggap seseorang itu cintakan kita tetapi sebenarnya dia hanya ambil berat sebagai kawan biasa sahaja, tak ke malu? Hehe, banyak dah terjadi tu. Akhirnya nanti diri sendiri yang malu kerana dikatakan syok sendiri.
Secara asasnya, bila ada cinta, hati akan ada satu debaran yang lain macam. Itu tak boleh diungkap dengan kata kata, korang kena rasa sendiri. Apabila seseorang itu mengambil berat cuma sebagai kawan saja dengan kita, lain pula perasaannya. Yang penting di sini, jangan mudah perasan ! Jika cinta wujud, pastinya aka nada perasaan yang ketara timbul di antara korang berdua. Jika hanya kawan, tiada perasaan istimewa yang muncul. Kalau tentang kes syok sendiri, nanti  kita bincangkan.
Dalam proses mengenali seseorang, kira di alam baru hendak mulakan percintaan atau baru dalam proses mencari jodoh, korang akan berjumpa dengan ramai orang dengan bermacam ragam. Ada di antaranya, korang akan berkenalan dengan seseorang yang nampak sangat sempurna peribadi dari luarannya. Dia nampak seolah olah berminat dengan korang. Dia melayan korang dengan baik, dia suka bergurau mesra dengan korang dan pendek kata korang gembira bersamanya.Tunggu dulu, jangan jatuh hati dulu. Selagi seseorang itu belum melafazkan secara jelas, kata kata cinta terhadap korang, jangan mudah buat kesimpulan awal. Nanti diri sendiri yang malu. Ini kerana memang ada jenis individu yang mudah ambil berat terhadap kawan kawan dan mudah mesra. Jadi jangan terkeliru. Jika sudah jatuh hati tanpa mengetahui niatnya yang sebenar, korang juga yang menderita nanti.
Antara cinta dan ambil berat, kadang kala sempadannya sangat nipis. Ini kerana ada yang mengatakan, cinta ada cinta pasti wujud sifat ambil berat itu. Dan juga dari sifat ambil beratlah juga akan timbul cinta. Jadi di sini, untuk mengelakkan kekecewaan jika orang yang korang sangka meminati korang rupanya sekadar ambil berat sebagai kawan sahaja, jangan mudah jatuh hati dulu. Mungkin saja rakan korang yang suka ambil berat tentang korang itu dah ada pasangan? Siapa tahu? Macam macam perkara boleh jadi. Mungkin juga dia adalah orang suka mempermainkan perasaan orang. Skill nya untuk buat orang jatuh hati memang hebat. Itu antara salah satu tanda seorang yang kasanova atau player.
Elakkan juga menjadi terlalu baik pada orang lain. Bimbang nanti mereka jatuh cinta pada korang pula nanti! Cuba bayangkan bagaimana jika seseorang itu jatuh cinta dengan korang sedangkan korang tidak berniat sedikit pun untuk membuatnya jatuh cinta dengan korang? Kan susah tu. Dan dalam situasi yang terbalik, bagaimana jika korang telah terlanjur mencintai seseorang sedangkan sikap ambil berat si dia itu hanya sebagai rakan biasa?
 Berkawan ada dua jenis, satu yang kawan sampai mati dan kedua, yang berkawan kerana niat hendak ‘mengusha’. Tidak kira lelaki atau perempuan, jika dia menganggap seseorang itu sahabat baik sehidup sematinya, sampai bila bila lah perasaan cinta tidak akan muncul. Orang kata “tak ada feel”Berkawan jenis lagi satu pula adalah berkawan untuk berkenalan mana tahu nanti boleh dijadikan pasangan. Di sini juga ada kes yang berlaku di mana sahabat baik sendiri telah jatuh cinta terhadap rakannya. Ini adalah kerana apa? Kerana sikap ambil berat. Kita mungkin tidak tahu ada tingkah laku kita secara tidak sengaja telah membuatkan sahabat baik kita sendiri jatuh cinta pada kita. 
Sekarang, mari kita ungkap satu satu beza cinta dan ambil berat. Senang untuk korang menilai sendiri perasaan korang terhadap seseorang atau perasaan seseorang terhadap korang. Zaman sekarang ni, dengan rakan rakan sendiri pun kita kena hati hati. Banyak yang bertindak sebagai gunting dalam lipatan yang bila bila masa sahaja akan bertindak untuk menghancurkan hubungan korang.
Antara beza cinta dan ambil berat adalah:-
Feeling dan debar perasaan
Dalam situasi baru hendak mula mengenali seseorang, jika si dia tiba tiba bersikap ambil berat dan sangat risaukan banyak perkara tentang diri korang, ada kemungkinan dia menyukai korang dalam diam. Antara tanda orang yang ambil berat pada korang tu mencintai korang adalah, dia sangat sensitif dengan apa yang korang lakukan.Contohnya:-
“Awak tak sihat ke? Dah makan ubat, dah pergi klinik.. ni kenapa tak tidur lagi ni, kan tak sihat!”
Jika seseorang itu mencintai korang, nadanya nampak sangat cemas dan risaukan korang jika korang sedang sakit. Kalau cuma ambil berat sebagai kawan biasa, dia hanya akan mencadangkan korang supaya berehat dan cepat sembuh. Tiada nada nada kerisauan atau cemas di situ.  
Kata kata gurauan dan usik mengusik
Seorang kawan biasa tidak akan mengeluarkan kata kata gurauan dan usik usik yang berbaur cinta. Jika seseorang rakan korang itu mula suka bergurau dan usik mengusik dalam kata kata yang berbaur cinta, perasaan dan ayat romantic, ada kemungkinan si dia menyukai korang. Contoh soalan yang paling ketara adalah,
“Awak suka tak berkawan dengan saya.. suka berkawan dari segi macam mana ye?”
Itu sebenarnya soalan soalan ujian buat korang. Hehe. Dia akan mula bertanya soalan soalan yang lebih terarah kepada perasaan. Contohnya seperti masa silam korang dengan bekas pasangan (jika ada) mungkin. Kalau dia cuma nak berkawan biasa, dia takkan tanya soalan soalan yang seperti itu. Jika tanya pun sekadar berbasa basi. Tanya secara main main.
 Rasa cemburu
Ini lagi satu tanda yang amat ketara antara ambil berat sebagai kawan biasa dengan ambil berat kerana perasaan cinta. Apabila timbulnya rasa cemburu bila korang berkawan rapat dengan orang lain, maka berkemungkinan besar dia mula mencintai korang. Secara logik lah kan, buat apalah rakan biasa mahu cemburu dengan siapa pun yang jadi kawan korang kan? Cemburu itu kerana apa? Kerana sayang! Bila perasaan cinta sudah mula wujud, maka banyak perkara akan jadi sensitif untuk dirinya. Kadang kala dia akan mula menjauhkan diri dari korang.
Untuk menguji rakan korang tu, korang boleh bertanya kepada dia soalan soalan yang menjerat seperti,   “kau jeles ek aku kawan dengan Amri tu?”
Lihat apa reaksinya. Kadang kala reaksi dia boleh jadi sangat ketara dan nampak jelas yang dia cemburu biarpun dia cuba menafikannya. Sebenarnya, korang juga boleh gunakan deria rasa keenam korang untuk mengetahui sama ada seseorang itu cintakan korang atau menganggap korang sebagai rakan biasa.  
Usikan rakan lain
Cuba perhatikan, bila rakan rakan korang atau dia mula mempasangkan korang secara bergurau. Ada saja usikan dari pihak rakan dia tentang hubungan korang. Ini juga satu tanda. Mungkin dia ada terlepas cakap pada rakannya yang dia meminati korang ataupun kelakuannya yang ketara meminati korang itu telah disedari kawan kawannya. Jadi di situ timbullah usikan nakal. Kalau dia malu malu kucing tu sah lah dia jatuh hati dengan korang. Pun macam tu, dia hanya menganggap korang hanya sebagai kawan biasa, korang harus undur diri dari awal. Jangan sampai hati sudah terlanjur jatuh cinta. Nanti susah nak patah balik.

Jodoh itu milik ALLAH

Secara umum yang kita tahu, tanda - tanda jodoh adalah keserasian, saling memahami, masing-masing pandai bertanggungjawab dan saling bertolak ansur. Itu adalah secara asasnya. Tapi dalam artikel kali ini, kita akan membincangkan perkara yang berbeza. Masih tentang tanda-tanda jodoh kita kuat bersama seseorang tetapi dalam konteks yang sedikit berbeza. Bukan senang untuk membicarakan soal jodoh kerana ia milik Allah. Macammana pun manusia boleh merancang dan berusaha, selebihnya hati kita harus kuat menyerahkan soal jodoh kepada Allah.
Orang kata cinta tidak selalu bersama jodoh, tetapi jodoh selalu bersama cinta? Tidak semestinya! Kisah cinta nyata bukan macam kisah cinta dalam novel. Tidak semestinya sesuatu perkahwinan itu membahagiakan. Mereka ada jodoh, tetapi mereka masih tiada cinta. Jadi jangan terlalu menekan atau mempercayai sesuatu mitos. Jadi apa yang penting sebenarnya adalah cinta dan jodoh. Ia harus datang bersama. Jika sesebuah cinta itu tidak ada dalam hati seseorang, sampai bila-bila lah dia tidak akan ada.
Cinta boleh dipupuk?  Adakah ia benar? Bagi saya, jika cinta itu dipupuk bermakna ia bukan semula jadi. Dipupuk bermaksud kita berusaha menekan diri kita melakukan sesuatu yang bukan asalnya kita mahu. Boleh kalau korang nak cuba. Tapi seeloknya cinta itu datang dari hati secara semula jadi. Barulah sesuatu cinta itu akan kekal. Berbalik kepada persoalan cinta dan jodoh. Memang kita tak tahu apa akan jadi pada masa akan datang, tapi Allah sebenarnya dah tunjuk pada kita secara halus siapa jodoh kita. Tak percaya? Pernah tak korang dengar atau berdepan dengan situasi macam ni :
“Hisyh, asyik asyik terserempak dengan dia je, hari-hari pandang muka dia je”,
“Dulu saya cari jodoh di tempat yang jauh, rupa-rupanya dia selama ini dekat dengan saya!”
Ha, tu tandanya apa tu? Hehe, memang lah tidak semuanya betul mereka yang selalu terserempak bersama tu memang berjodoh, tapi kebanyakkannya macam tu kan?  Cuba perhatikan mereka yang berpasangan, kebanyakkannya dari bidang yang sama atau dekat-dekat. Paling tidak pun mempunyai minat yang sama secara kebetulan. Contohnya,  macam seseorang di bidang perniagaan akan mendapat jodoh dengan orang yang minat berniaga dan seseorang doktor akan bertemu jodoh dengan seorang peguam mungkin. Ini hanya kemungkinan, tidak semua, tetapi banyak yang berlaku.
Antara beberapa persoalan dan tanda berkaitan soal jodoh adalah:-
Orang yang kita cari sebenarnya berada dekat dengan kita
Percaya tak, sebenarnya jodoh yang korang cari berada berdekatan dengan korang. Korang mungkin tak nampak sekarang, tapi mana tahu suatu hari korang akan bertemu dengan seseorang yang sangat dekat dengan korang. Bahkan korang akan jatuh cinta dengan seseorang yang korang kenal suatu masa dulu. Tak sangka kan? Kuasa Allah ini besar. Kita cari jodoh jauh jauh, rupanya dia berada dekat dengan kita. 
Entah-entah jodoh kita adalah seseorang yang telah lama cintakan kita dalam diam. Atau jodoh korang adalah daripada kenalan korang di suatu masa dahulu. Jadi jangan menekan sangat soal jodoh. Mungkin ada di antara korang yang sudah bersedia untuk menikah tetapi masih belum bertemu jodoh. Usah risau, pedulikan apa orang kata, yang penting jodoh untuk korang akan tetap juga sampai nanti.
Sebenarnya, jika kita perhatikan betul betul, Allah telah mengurniakan sesuatu yang sangat baik untuk kita dalam soal jodoh ni. Jika dulu kita pernah bercinta, mengangankan suatu perkahwinan yang indah tetapi kita kecewa sehingga pintu hati tertutup, tapi sekarang Allah beri seseorang yang lebih daripada yang dulu untuk menemani hidup kita. Usah khuatir soal jodoh itu, kerana bila seseorang itu sudah ditakdirkan menjadi jodoh dan pasangan korang, ia tetap akan jadi milik korang. Datanglah beribu halangan sekalipun, takkan ada yang boleh mengubah kuasa Allah.
Apa pun dugaan, semuanya dapat diatasi
Ok, sekarang adalah situasi di mana korang sedang bercinta dan merancang untuk menikah. Korang sedang berusaha kumpul duit dan menghadapi susah dan senang bersama sama. Tidak dinafikan, pasti wujud konflik di saat ini kan? Tak kira lah masalah apa pun, pasti ada yang datang untuk menguji cinta korang kan? Di saat itu mungkin ada yang merasakan bahawa pasangan dia sekarang bukan jodohnya. Lalu mulalah tanggapan negatif tersebar dan mengeruhkan hubungan. Ketidakpercayaan mula timbul dan mengugat hubungan korang. Di sinilah sebenarnya korang kena main peranan yang sangat penting. Walau apa pun dugaan jangan sesekali cepat putus asa.
Ok, jika korang berdua berjaya mengharungi apa saja dugaan bermakna dia memang dijodohkan untuk korang. Contohnya, berlaku konflik yang sangat besar dalam sesuatu hubungan yang menyebabkan pergaduhan. Suasana jadi begitu tegang dan masing-masing berfikiran seolah seolah hubungan itu tidak dapat diselamatkan lagi. Korang pulak dah mula rasa kecewa, pasrah dan redha atas apa saja yang bakal terjadi. Tiba-tiba, dengan kuasa Allah, konflik itu dapat diselesaikan, hubungan korang berdua kembali seperti dulu lagi. Malah mungkin semakin memahami dan bahagia.
Setiap kali berlaku konflik yang menyebabkan korang rasa putus asa, Allah tunjukkan jalan korang untuk berbaik semula. Itu adalah salah satu tanda jodoh korang kuat bersama si dia InsyaAllah. Banyakkan berdoa dan sabar dengan setiap dugaan yang diberikan. Jangan sesekali mudah mengalah. Apa apa pun ia sebenarnya bergantung pada sikap kita sendiri juga. Jika korang jenis yang cepat putus asa dan kuat mengalah, macam mana nak kekalkan jodoh?
Berpisahlah macam mana pun, jika jodoh itu milik kita ia pasti milik kita!
Pernah juga terjadi, pasangan kekasih yang telah berpisah suatu masa dahulu berjumpa balik dan berkahwin! Itu juga namanya jodoh. Berpisahlah macam mana pun, jika Allah tetapkan jodoh itu milik korang, maka ia milik korang. Mungkin Allah mahu korang berpisah untuk memperbaiki diri masing masing dan menguji rasa cinta antara korang. Hakikat ayat ini, “kalau jodoh, ia tetap jodoh” sentiasa menguatkan hati manusia tentang persoalan jodoh. Memang sangat menyakitkan jika jodoh korang bukan bersama seseorang yang korang cintai. Tapi bersangka baiklah kepada Allah.
Dia akan mengurniakan seseorang yang baik untuk korang. Tidak mudah, korang perlu menjadi seseorang yang sangat kuat dan tabah. Tapi ingatlah, jika si dia memang jodoh korang, tiada satu manusia pun dapat halang dia menikah secara sah dengan korang. Tapi jika bukan, buatlah macam mana pun, dia tetap bukan milik korang. Jalan penyelesaian yang baik untuk menghindar kita dari berasa sedih dan was-was mengenai persoalan jodoh adalah kembali kepada Allah. Dia yang mencipta segala jenis perasaan yang ada di muka bumi ini. Dia yang memberikan kebahagiaan kepada semua hamba hambaNya.
Minta lah kepada Nya sedikit kebahagiaan, InsyaAllah jika kita ikhlas dan redha menerima segala ketentuan Allah, kita akan tenang dan hidup bahagia. Buatlah solat istikharah dengan cara yang betul. Ia dapat membantu korang dalam membuat keputusan. Jika korang dah cukup berusaha, dan takdir menentukan sesuatu yang berbeza untuk korang, terimalah dengan sabar dan ikhlas. Memang sukar tetapi kan Allah itu Maha Mengetahui. Sakit yang korang rasa sekarang adalah bayaran untuk kebahagiaan untuk korang di masa akan datang nanti InsyaAllah.
Jangan serahkan pada takdir semata-mata
Soal jodoh memang lah milik Allah, tapi kita tidak boleh duduk diam tanpa berbuat apa apa dan tunggu bulan jatuh ke riba. Allah benci orang yang suka berputus asa dan tidak mahu berusaha. Ada yang kata jodoh tak perlu dicari, tetapi ia datang sendiri. Benar, tapi tetap juga kita perlu berusaha. Bagaimana?  Persiapkan diri kita menjadi seseorang yang lebih baik dari hari ke hari. Berkawan dengan ramai orang tidak kira lelaki dan perempuan, asalkan korang tahu batas-batasnya dan luaskan lah pandangan terhadap kehidupan.
Jangan kurung diri korang daripada cinta kerana beranggapan jodoh korang sudah ditentukan. Hiduplah dengan normal dan bersosiallah seperti orang lain. Asalkan korang tahu jaga batas, itu sudah mencukupi. Tidak mustahil korang akan berkenalan dengan seseorang dan bertemu jodoh dari situ. Elakkan mengamalkan sikap duduk diam dan tunggu tanpa berusaha apa-apa. Mungkin korang adalah seorang lelaki yang sedang meminati seorang gadis dalam diam. Korang mahu memperisterikan dia. Jadi apa yang korang perlu lakukan?
Duduk diam? Salah tu. Sekurang kurangnya korang harus mencuba. Tak cuba tak tahu kan? Allah tidak menghadirkan seseorang dalam hidup kita tanpa sebarang sebab. Ia adalah sama ada Allah mahu kita belajar sesuatu dari orang-orang yang kita jumpa dalam hidup kita ataupun Allah menghadirkan seseorang itu sebagai tanda kita akan hidup bersama nya selama-lamanya!
Jadi jangan lepaskan setiap peluang yang ada. Tidak salah untuk kita berusaha dalam soal jodoh ni. InsyaAllah jika kita berusaha keras, ia akan jadi milik kita. Yang penting cubalah dulu. Jangan awal awal dah putus asa.
Jodoh itu milik Allah, tapi ia dicipta khas untuk manusia agar kita dapat menikmati nikmat bahagia hidup di dunia ini bertemankan seseorang yang sangat kita sayangi. Ada orang yang dapat jodoh dengan orang yang dicintai, ada yang tidak. Semua itu kuasa Allah, kita tak layak mempersoalkannya. Tetapi kita boleh belajar daripada pengalaman yang kita dapat. Bila dah dapat jodoh dengan seseorang yang kita cinta tu, jagalah elok elok. 


Allah telah mengurniakan satu jodoh untuk korang. Orang lain yang terlalu berharap tak dapat, tapi korang dah dapat. Kenapa kena sia siakan? Jaga hubungan elok elok. Hargai apa yang ada sekarang. Perceraian adalah sesuatu yang paling dibenci Allah walaupun ianya tidak salah. Takdir takdir memang takdir tapi usaha usaha tetap usaha. Persoalan jodoh itu sangat sulit, tetapi manusia boleh mencuba dan terus mencuba. Allah tidak kejam. Dia Maha Menyayangi. Pasti  Dia  akan mendengar setiap doa dan rintihan kita sekaligus menghadiahkan jodoh yang terbaik untuk kita semua, InsyaAllah.

Wednesday, 26 February 2014

mutiara kata

“Sampan tidak akan dapat belayar di padang pasir betapa pun jua empuknya pasir itu.” 
 
“Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.” 
 
“Awal mula pohon ialah benih..”
 
“Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.”
 
“Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yang mengiurkan.”
 
“Orang yang paling berkuasa adalah orang yang dapat menguasai dirinya sendiri.”


Ilmu & kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur .
Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan.
 
Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma. Anda tidak boleh mencipta pengalaman. . . Anda mesti menghadapinya. . . dan ianya pasti akan menemui kecemerlangan  . . . Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik . . . tapi itu semua bergantung kepada rezeki . . .“ Rezeki . . ada di mana-mana datang tanpa diduga, . . . tepat pada masa  . .  yang penting, .  usaha & tawakkal.”
 
Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan . . 
Hidup memerlukan pengorbanan . . . pengorbanan memerlukan perjuangan . . . perjuangan memerlukan ketabahan . . . ketabahan memerlukan keyakinan. . .  keyakinan pula menentukan kejayaan . . . kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan . . . 
 
Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya . . 
tetapi jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya . . . 
 
Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, . .  dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya . . .  Agama tanpa ilmu adalah buta. . . Ilmu tanpa agama adalah lumpuh . . .  Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu,. . .  tapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara . . 
 
Jika kejahatan di balas kejahatan, . .  maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan . . . itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan,. . .  itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, . . . itu adalah mulia dan terpuji.”
 
Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri . . . Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan . . . 
 
Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan . . . Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit pun . . Saya percaya, . . esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, . . . tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok . . .

Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. . .  Dia membinanya seperti mana yang dikehendakinya namun selepas dia membina apa yang dikehendakinya, . . . kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yang telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri . . . Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.”
 

 


alahai handphone

Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab exclusive lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym, tiba-tiba kedengaran deringan Handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawab panggilan itu dan terjadilah perbualan sepert berikut…
“Hello?”
“Abang, nie sayang nie,”
“emmm…
“Abang masih ada di kelab lagi ye?”
“Iya.”
“sayang sekarang nie ada kat shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru… cantik bang, boleh ke sayang beli?”
“Berapa harga nya?
“Cuma $1500.00 aje”
“O.K, belilah kalau memang awak dah suka sangat”

“Ahhh thanks abang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2001. Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price… lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu..”

“Berapa harga yang dia bagi?”
“Cuma $280,000… “
“O.k tapi pastikan harga tu dah on the road.”
“Great!, before we hang up, ada satu perkara lagi… “

“Apa?”
“Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan… pagi tadi sayang singgah di pejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu, sekarang nie untuk dijual!! Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu.. cantik kan bang.”

“Berapa harga yang mereka minta?”
“Cuma $740,000… o.k kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita boleh cover harga tu.”
“Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?”
“OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You !!!”
“Bye… I Love you too…

Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone… .sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut:

“ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA?”