Saturday, 1 March 2014

CINTA atau AMBIL BERAT ??

Untuk yang baru mengenali dunia cinta atau baru hendak mengenali seseorang, pastinya selalu terkeliru di antara ambil berat dengan cinta kan? Yelah, nanti kalau kita menganggap seseorang itu cintakan kita tetapi sebenarnya dia hanya ambil berat sebagai kawan biasa sahaja, tak ke malu? Hehe, banyak dah terjadi tu. Akhirnya nanti diri sendiri yang malu kerana dikatakan syok sendiri.
Secara asasnya, bila ada cinta, hati akan ada satu debaran yang lain macam. Itu tak boleh diungkap dengan kata kata, korang kena rasa sendiri. Apabila seseorang itu mengambil berat cuma sebagai kawan saja dengan kita, lain pula perasaannya. Yang penting di sini, jangan mudah perasan ! Jika cinta wujud, pastinya aka nada perasaan yang ketara timbul di antara korang berdua. Jika hanya kawan, tiada perasaan istimewa yang muncul. Kalau tentang kes syok sendiri, nanti  kita bincangkan.
Dalam proses mengenali seseorang, kira di alam baru hendak mulakan percintaan atau baru dalam proses mencari jodoh, korang akan berjumpa dengan ramai orang dengan bermacam ragam. Ada di antaranya, korang akan berkenalan dengan seseorang yang nampak sangat sempurna peribadi dari luarannya. Dia nampak seolah olah berminat dengan korang. Dia melayan korang dengan baik, dia suka bergurau mesra dengan korang dan pendek kata korang gembira bersamanya.Tunggu dulu, jangan jatuh hati dulu. Selagi seseorang itu belum melafazkan secara jelas, kata kata cinta terhadap korang, jangan mudah buat kesimpulan awal. Nanti diri sendiri yang malu. Ini kerana memang ada jenis individu yang mudah ambil berat terhadap kawan kawan dan mudah mesra. Jadi jangan terkeliru. Jika sudah jatuh hati tanpa mengetahui niatnya yang sebenar, korang juga yang menderita nanti.
Antara cinta dan ambil berat, kadang kala sempadannya sangat nipis. Ini kerana ada yang mengatakan, cinta ada cinta pasti wujud sifat ambil berat itu. Dan juga dari sifat ambil beratlah juga akan timbul cinta. Jadi di sini, untuk mengelakkan kekecewaan jika orang yang korang sangka meminati korang rupanya sekadar ambil berat sebagai kawan sahaja, jangan mudah jatuh hati dulu. Mungkin saja rakan korang yang suka ambil berat tentang korang itu dah ada pasangan? Siapa tahu? Macam macam perkara boleh jadi. Mungkin juga dia adalah orang suka mempermainkan perasaan orang. Skill nya untuk buat orang jatuh hati memang hebat. Itu antara salah satu tanda seorang yang kasanova atau player.
Elakkan juga menjadi terlalu baik pada orang lain. Bimbang nanti mereka jatuh cinta pada korang pula nanti! Cuba bayangkan bagaimana jika seseorang itu jatuh cinta dengan korang sedangkan korang tidak berniat sedikit pun untuk membuatnya jatuh cinta dengan korang? Kan susah tu. Dan dalam situasi yang terbalik, bagaimana jika korang telah terlanjur mencintai seseorang sedangkan sikap ambil berat si dia itu hanya sebagai rakan biasa?
 Berkawan ada dua jenis, satu yang kawan sampai mati dan kedua, yang berkawan kerana niat hendak ‘mengusha’. Tidak kira lelaki atau perempuan, jika dia menganggap seseorang itu sahabat baik sehidup sematinya, sampai bila bila lah perasaan cinta tidak akan muncul. Orang kata “tak ada feel”Berkawan jenis lagi satu pula adalah berkawan untuk berkenalan mana tahu nanti boleh dijadikan pasangan. Di sini juga ada kes yang berlaku di mana sahabat baik sendiri telah jatuh cinta terhadap rakannya. Ini adalah kerana apa? Kerana sikap ambil berat. Kita mungkin tidak tahu ada tingkah laku kita secara tidak sengaja telah membuatkan sahabat baik kita sendiri jatuh cinta pada kita. 
Sekarang, mari kita ungkap satu satu beza cinta dan ambil berat. Senang untuk korang menilai sendiri perasaan korang terhadap seseorang atau perasaan seseorang terhadap korang. Zaman sekarang ni, dengan rakan rakan sendiri pun kita kena hati hati. Banyak yang bertindak sebagai gunting dalam lipatan yang bila bila masa sahaja akan bertindak untuk menghancurkan hubungan korang.
Antara beza cinta dan ambil berat adalah:-
Feeling dan debar perasaan
Dalam situasi baru hendak mula mengenali seseorang, jika si dia tiba tiba bersikap ambil berat dan sangat risaukan banyak perkara tentang diri korang, ada kemungkinan dia menyukai korang dalam diam. Antara tanda orang yang ambil berat pada korang tu mencintai korang adalah, dia sangat sensitif dengan apa yang korang lakukan.Contohnya:-
“Awak tak sihat ke? Dah makan ubat, dah pergi klinik.. ni kenapa tak tidur lagi ni, kan tak sihat!”
Jika seseorang itu mencintai korang, nadanya nampak sangat cemas dan risaukan korang jika korang sedang sakit. Kalau cuma ambil berat sebagai kawan biasa, dia hanya akan mencadangkan korang supaya berehat dan cepat sembuh. Tiada nada nada kerisauan atau cemas di situ.  
Kata kata gurauan dan usik mengusik
Seorang kawan biasa tidak akan mengeluarkan kata kata gurauan dan usik usik yang berbaur cinta. Jika seseorang rakan korang itu mula suka bergurau dan usik mengusik dalam kata kata yang berbaur cinta, perasaan dan ayat romantic, ada kemungkinan si dia menyukai korang. Contoh soalan yang paling ketara adalah,
“Awak suka tak berkawan dengan saya.. suka berkawan dari segi macam mana ye?”
Itu sebenarnya soalan soalan ujian buat korang. Hehe. Dia akan mula bertanya soalan soalan yang lebih terarah kepada perasaan. Contohnya seperti masa silam korang dengan bekas pasangan (jika ada) mungkin. Kalau dia cuma nak berkawan biasa, dia takkan tanya soalan soalan yang seperti itu. Jika tanya pun sekadar berbasa basi. Tanya secara main main.
 Rasa cemburu
Ini lagi satu tanda yang amat ketara antara ambil berat sebagai kawan biasa dengan ambil berat kerana perasaan cinta. Apabila timbulnya rasa cemburu bila korang berkawan rapat dengan orang lain, maka berkemungkinan besar dia mula mencintai korang. Secara logik lah kan, buat apalah rakan biasa mahu cemburu dengan siapa pun yang jadi kawan korang kan? Cemburu itu kerana apa? Kerana sayang! Bila perasaan cinta sudah mula wujud, maka banyak perkara akan jadi sensitif untuk dirinya. Kadang kala dia akan mula menjauhkan diri dari korang.
Untuk menguji rakan korang tu, korang boleh bertanya kepada dia soalan soalan yang menjerat seperti,   “kau jeles ek aku kawan dengan Amri tu?”
Lihat apa reaksinya. Kadang kala reaksi dia boleh jadi sangat ketara dan nampak jelas yang dia cemburu biarpun dia cuba menafikannya. Sebenarnya, korang juga boleh gunakan deria rasa keenam korang untuk mengetahui sama ada seseorang itu cintakan korang atau menganggap korang sebagai rakan biasa.  
Usikan rakan lain
Cuba perhatikan, bila rakan rakan korang atau dia mula mempasangkan korang secara bergurau. Ada saja usikan dari pihak rakan dia tentang hubungan korang. Ini juga satu tanda. Mungkin dia ada terlepas cakap pada rakannya yang dia meminati korang ataupun kelakuannya yang ketara meminati korang itu telah disedari kawan kawannya. Jadi di situ timbullah usikan nakal. Kalau dia malu malu kucing tu sah lah dia jatuh hati dengan korang. Pun macam tu, dia hanya menganggap korang hanya sebagai kawan biasa, korang harus undur diri dari awal. Jangan sampai hati sudah terlanjur jatuh cinta. Nanti susah nak patah balik.

No comments:

Post a Comment